INFO ISLAM & ILMIAH

Assalamualaikum w.b.t, kepada saudara-saudari sekalian yang mengikuti blog ini, saya muatkan, nota-nota dan ebook ilmu-ilmu Islam dan pautan website ilmiah yang hebat untuk dikongsikan bersama. Pelbagai panduan dan ilmu yang bermanfaat boleh kita perolehi di sini.

Sesungguhnya saudara saudari sekalian, manusia yang ditinggikan darjatnya di sisi Allah s.w.t ialah manusia yang beriman dan mempunyai ilmu agama yang bermanfaat dan yang mengamalkan ilmunya untuk beribadah kepada Maha Penciptanya dengan penuh ketaqwaan serta beristiqomah.


Semoga kita semua mendapat manfaat, petunjuk dan keberkatan daripada Allah s.w.t atas usaha kita ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita di dunia sebagai bekalan ke akhirat kelak. Amin.


Wassalam.


KELEBIHAN ORANG BERILMU

Saturday 28 May 2011

ILMU TAUHID

1.Definasi ilmu Tauhid

Ilmu tauhid ialah satu ilmu yang mana dibahaskan dalamnya tentang aqidah aqidah yakni kepercayaan yang berkaitan agama Islam , kepercayaan yang terbit (berdasarkan) dari dalil yang terang dan yakin.
Jadi yang diterima, menurut ta’rif ini, dalam tauhid Islam hanya aqidah yang yakin dari dalil yang yakin pula.
Sekali-kali tidak diterima atau tidak dapat dipandang sah sebagai ilmu tauhid, jika satu ik’tiqad itu tidak ada dalilnya yang yakin, atau disyaki atau diragui atau dengan jalan sangkaan sahaja.
Jadi, syak, zhon atau waham tidaklah diterima dalam ilmu tauhid atau dalam masalah I’tiqad Islam . 

2.Maudu’ atau pokok perbahasan dalam ilmu tauhid
Ilmu tauhid membahaskan tentang zat Allah dan zat RasulNya , yakni berkenaan sifat yang wajib dan mustahil dan perkara yang harus pada haq Allah Taala .Demikian pula sifat yang wajib bagi Rasul S.A.W , sifat sifat yang mustahil atasnya dan sifat sifat yang harus bagi Rasul S.A.W.

3.Penyusun yang pertama kitab ilmu ini atau orang yang pertama  mentakwin ilmu itu sebagai satu ilmu yang khas.
Ilmu tauhid, yang mula mula sekali memasukkan (mentadwinkan) kedalam kitab yang khas sebagai kitab tauhid , atau orang yang mula menyusun ilmu tauhid ialah Al Imam Abu Hasan Al Asy’ari. Beliau wafat pada tahun 324 hijrah. Beliau adalah bernama Ali bin Ismail Al Asy’ari. Sebab beliau dibangsakan kepada al asy’ari kerana beliau adalah dari keturunan seseorang sahabat nabi s.a.w yang bernama Abu Musa Al Asy’ari. Dan beliaulah imam mazhab Tauhid kita.


4.Nama Ilmu Tauhid
 Dinamakan ilmu ini dengan ILMU TAUHID ertinya ILMU PENGESAAN kerana dalamnya dibicarakan tentang KEESAAN ALLAH S.W.T. Selain dari nama ini , ada pula beberapa yang diberikan kepada ilmu ini , antaranya :

a .Ilmu Kalam
Kalam disini dimaksudkan kalam sifat Allah s.w.t .
Oleh kerana perbahasan tentang kalam ini perkara yang sulit, dan telah menimbulkan beberapa pendapat yang amat bertentangan, bahkan telah membawa korban jiwa dan siksaan yang hebat dari pihak yang berkuasa ( yang memerintah ) maka dinamakan ilmu ini ilmu kalam.
b .Ilmu aqidah iman
Kerana yang telah jelas , bahwa yang dibahaskan dalam ini tentang aqidah iman.
c .Ilmu sifat dua puluh.
Kerana sebagai yang masyhur disebut orang , mengaji sifat dua puluh, iaitu ilmu tauhid adanya.
.Ilmu Fiqhul-Akbar
Diberi nama ini kerana keagungan dan ketinggian ilmu ini.

5.Matlamat ilmu ini
Matlamatnya ialah supaya seseorang dapat membezakan antara aqidah yang sah (yang haq) dan yang batal, antara yang baharu dan yang qadim, dan lainnya.

6.Maksudnya                                                                                                                            
Adapun maksud ilmu tauhid ialah supaya didapatkan dan ditetapkan masalah pada usulluddin dengan dalilnya sama ada dari dalil akal dan dalil naqli iaitu dalil quran dan hadis .

aqidah Islam : dalam Islam ada aqidah yang disebut aqidah aqaliah dan ada yang disebut aqidah sama’iah .Adapun aqidah aqaliah itu, iaitu aqidah yang dapat diberikan dalil dan hujjahnya dengan dalil akalnya. dan aqidah sama’iah pula, ialah aqidah yang ditetapkan atau hujjahnya dengan dalil naqli.
Meskipun ada diantara aqidah sama’iah itu ada yang boleh diberikan dalil akal, tetapi dalil yang lebih kuat ialah dalil sama’iahnya atau dalil naqli, seperti bagi menetapkan wujud Tuhan yang menjadikan alam ini adalah termasuk dalam aqidah aqaliah, tetapi sungguh pun begitu didapati juga dalil naqlinya dalam quran atau hadis Nabi s.a.w . tetapi seperti aqidah tentang alam ghaib atau alam akhirat seperti wujudnya neraka, syurga, dan lain lain, adalah termasuk aqidah sama’iah.
Tetapi jangan kita lupa bahwa dalam aqidah sama’iah dalam Islam, meskipun ditetapkan dengan dalil naqali, namun kita tidak menjumpai dalam aqidah sama’iah itu aqidah yang mustahil pada akal.Cuma tidak ditetapkan dengan dalil akal , tetapi  semua aqidah sama’iah Islam itu dapat diterima oleh akal yang waras.
Lain hal dengan aqidah sama'iah dalam agama lain , terdapat aqidah yang bertentangan dengan akal dan mustahil adanya.

7.Istinbatnya
Adapun istinbat yakni tempat ambilan ilmu tauhid ini ialah dari Quran dan hadis Nabi s.a.w. Pegangan kita adalah aqidah Islamiah mestilah ada dalil yang terang dari dalil akal atau dalil naqli.
Oleh itu satu aqidah itu tidak boleh kita percayai melainkan jika dia disasarkan atas dalil yang sah, lebih lebih yang berkenaan dengan aqidah tentang Allah dan Rasulnya, dan juga alam ghaib, termasuk soal dosa dan pahala.

8.Faedahnya                                                                                              
Faedah ilmu tauhid ini, bagi mereka yang mengetahuinya, ialah mendapat kebahagian dunia dan akhirat dengan kenalnya seseorang akan Tuhannya dan beriman dengannya dengan iman yang sah, barulah dia boleh beribadat kepadanya, telah benarlah qiblatnya zahir dan batinnya.
Dengan adanya iman yang sah dihatinya, meskipun dia dimasukkan kedalam neraka kerana berbuat suatu dosa yang tidak membatalkan imannya, nescaya dia akan dikeluarkan juga dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga juga akhirnya.                                                                                                 

Sabda Nabi s.a.w riwayat Bukhari dan Muslim:         
ertinya : Akan keluar dari neraka itu mereka yang ada iman dalam hatinya seberat zarrah sekalipun.                 
Riwayat Imam Ahmad dan lainnya :Nabi saw menerangkan antara lain :
ertinya : Maka tiada kekal dalam neraka itu orang yang mentauhidkan Allah melainkan dikeluarkan oleh Allah dari neraka
Dari kitab tazkirah al qurthubi 88   

9: Hukum mempelajari ilmu tauhid.
Adapun mempelajari ilmu tauhid adalah fardu ain atas tiap tiap mukallaf. ilmu ini adalah ilmu yang pertama diperlukan apabila ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir dalam kubur nanti .

Firman Allah surah Muhammad ayat 19 :                                                             
ertinya : Bahwa engkau akan menemui satu kaum dari ahlil kitab maka hendaklah mula mula sekali engkau seru mereka mentauhidkan Allah taala.

Maka apabila mereka telah mengenal yang demikian beritahu mereka bahwa Allah menfardukan atas mereka sembahyang lima waktu tiap tiap sehari semalam (yang mereka temui) setelah mereka mengerjakan sembahyang lima waktu itu , beritahulah mereka bahwa
Allah menfardukan atas mereka mengeluarkan zakat harta mereka, diambil oleh orang kaya diantara mereka, diberikan kepada orang fakir mereka .                                
Ushulut-Tauhid dan rRyadus Sholihin .

10:Nasabnya, Kekeluargaan ilmu itu .
Nasab ilmu tauhid itu adalah dari ilmu syariat Islam adanya .

Kenapa Ilmu Tauhid di Takwinkan (dibukukan)
Kerana pada masa Nabi s.a.w juga masa khalifah dan masa permulaan tabi’in, bila timbul satu satu masalah, dan untuk mengendalikan hukum hukum dan fatwa-fatwa, mereka menyerahkan kepada nabi s.a.w, atau kepada khalifah atau kepada sahabat atau mereka yang berkuasa, yang dipandang ahli bagi dalam sesuatu ilmu .
Tetapi pada akhirnya, mula timbul fatwa-fatwa dan aliran-aliran yang dipandang menyeleweng dan terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya dan dalam masalah I’tiqad telah terkeluar dari I’tiqad ahli-Sunnah Wal-Jamaah, dan telah kelihatan tanda tanda perpecahan yang telah dibayangkan oleh Nabi s.a.w sendiri, dan akan membahayakan atas kesucian agama Islam, maka tampillah para mujtahid mentadwinkan ilmu fiqeh, seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i , Imam Hambali , dan lain lain imam seperti Imam Sufyan Al Stauri dan Imam Daud Al Zhahir. Mereka menyatakan garis-garis timbangan amal syar’i Islam yang menjadi pedoman orang belakangan mereka .
Dari Kitab Yawaqit Wal-Jawahir Imam Sya’rani.

Alam adalah tanda bagi adanya Allah s.w.t .
Adanya alam yang baharu ini adalah menjadi dalil yang menunjukkan adanya Tuhan yang maha kuasa , Tuhan yang wajib wujudnya, yang qadim lagi azali.     

Dialah yang menjadikan dan yang menjaga, dialah yang mengatur segala sesuatu, dia yang mentadbirkannya. Dialah yang zahir pada segala suatu bagi mereka yang tajam pandangan hatinya .

Dialah yang menyatakan (menzahirkan) segala suatu dalam alam ini Kerana kalaulah tidak kerananya, seperti bintang itu diberi Allah cahaya yang dapat dilihat,nescaya tidaklah kita tahu adanya bintang bintang dilangit itu .

Oleh itu jangan lah kita sangka bahwa Tuhan itu terdinding dengan alam ini, kerana yang terdinding itu adalah dikuasai atau digagahi oleh yang lainnya, Pada hal, yang sebenarnya Allah itu adalah menguasai segala suatu .

Seperti firman nya swt surah al an’an ayat 18 :
ertinya: ” Dan Dia (Allah) itu adalah menguasai segala hambanya dan betapa Dia boleh tersembunyi pada hal Dia lebih nyata pada segala sesuatu"  
Bila kita selidik alam ini, ada yang menjadikannya, dan adanya segala suatu itu adalah sebagai tanda atas adanya Tuhan, maka Tuhan itu adalah yang awal dari segi adanya, dan yang akhir.

Kerana dengan mengenal dalil akan membawa mengenal Tuhan, dan Dialah pula yang batin kerana Dia tidak nampak pada penglihatan mata kepala, tetapi Dia pulalah lebih zahir kerana dia lebih nyata dan jelas pada penglihatan mata hati.

Firman Allah surah al hadid  ayat 3: Ertinya :
“Dialah yang awal dan Dialah yang akhir dan Dialah yang zahir dan Dialah yang batin “

No comments:

Post a Comment

KOMEN ANDA