INFO ISLAM & ILMIAH

Assalamualaikum w.b.t, kepada saudara-saudari sekalian yang mengikuti blog ini, saya muatkan, nota-nota dan ebook ilmu-ilmu Islam dan pautan website ilmiah yang hebat untuk dikongsikan bersama. Pelbagai panduan dan ilmu yang bermanfaat boleh kita perolehi di sini.

Sesungguhnya saudara saudari sekalian, manusia yang ditinggikan darjatnya di sisi Allah s.w.t ialah manusia yang beriman dan mempunyai ilmu agama yang bermanfaat dan yang mengamalkan ilmunya untuk beribadah kepada Maha Penciptanya dengan penuh ketaqwaan serta beristiqomah.


Semoga kita semua mendapat manfaat, petunjuk dan keberkatan daripada Allah s.w.t atas usaha kita ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita di dunia sebagai bekalan ke akhirat kelak. Amin.


Wassalam.


KELEBIHAN ORANG BERILMU

Saturday 28 May 2011

Kewajipan Menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mengamalkannya adalah FARDHU AIN atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. 

Ilmu Fiqh adalah berkaitan perlakuan² serta ibadah² serta muamalah zahir.
Ilmu Tauhid adalah berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah dan segala yang ghaib.
Ilmu Tasawwuf adalah berkaitan penyucian hati, aqal dan ruh daripada segala kekotoran yang berunsur nafsu, dunia dan syaitan. 

Kebanyakan kita sedia maklum tentang ketiga² Ilmu ini. Tetapi apa yang ingin dipaparkan di dalam kesempatan ini adalah kelemahan Umat Islam pada zaman ini yang kebanyakannya mengabaikan Ilmu Tasawwuf yang menjadi nadi kesucian dan kekuatan diri. Dalam ertikata penyempurnaan kepada sifat² Mu'min itu telah diabaikan.  

Mulai dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan akhirnya ke peringkat universiti kita diajar dengan pelbagai bidang: ibadah solat, puasa, zakat dll. Alhamdulillah. Tetapi malang sekali sangat sedikit atau tiada langsung diajar tentang Ilmu tentang sifat² nafsu, kebinasaan² yang dihasilkan oleh nafsu² kejahatan, kaedah² memerangi nafsu dan syaitan yang merosakkan jiwa.  Sedangkan  penyucian jiwa ini adalah yang paling penting di dalam kehidupan seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala berdasarkan Firman Allah Ta'ala :

 يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 ) 


Dan Sabda Nabi   صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).


Apa yang disebut didalam ayat² diatas adalah berkenaan hati yang sejahtera, hati yang suci, hati yang bebas dari syirik, dari semua bentuk mazmumah.  Hanya hati² yang suci ini selamat dunia dan akhirat.

Untuk mendapat hati yang sejahtera daripada syirik khafi, bebas dari mazmumah - (sifat² kekejian)  dan memperoleh sifat² mahmudah yang terpuji seseorang wajib menuntut Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya. 

No comments:

Post a Comment

KOMEN ANDA