This Blog was created for everyone to seek informations and knowledges about ISLAM
INFO ISLAM & ILMIAH
Assalamualaikum w.b.t, kepada saudara-saudari sekalian yang mengikuti blog ini, saya muatkan, nota-nota dan ebook ilmu-ilmu Islam dan pautan website ilmiah yang hebat untuk dikongsikan bersama. Pelbagai panduan dan ilmu yang bermanfaat boleh kita perolehi di sini.
Sesungguhnya saudara saudari sekalian, manusia yang ditinggikan darjatnya di sisi Allah s.w.t ialah manusia yang beriman dan mempunyai ilmu agama yang bermanfaat dan yang mengamalkan ilmunya untuk beribadah kepada Maha Penciptanya dengan penuh ketaqwaan serta beristiqomah.
Semoga kita semua mendapat manfaat, petunjuk dan keberkatan daripada Allah s.w.t atas usaha kita ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita di dunia sebagai bekalan ke akhirat kelak. Amin.
Wassalam.
Monday, 9 May 2011
Sunday, 8 May 2011
Orang Mukmin Sentiasalah Bersyukur Di Atas Segala Nikmat Allah
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesiapa yang sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada-Nya. Allah SWT akan membalasnya dengan Dia mengingati dan melimpahkan nikmat yang banyak.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yang ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yang dimilikinya.
Walaupun mendapat banyak kemewahan dan kesenangan, jiwa orang tidak bersyukur sentiasa berasa masih tidak mencukupi. Semakin banyak yang dikejar, semakin dirasakan bebanan perasaan dan bertambah kekufurannya.
Allah SWT berjanji menambah nikmatnya kepada sesiapa yang sentiasa bersyukur. Betapa beruntungnya orang yang bersyukur, mendapat nikmat di dunia dan pembalasan syurga di akhirat nanti.
Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
Kita disuruh bersyukur bukan saja apabila mendapat kemewahan atau apa yang dihajati tercapai. Sebaliknya, rasa bersyukur juga di atas ciptaan Allah yang menjadikan dunia ini untuk kemudahan manusia serta seluruh kehidupan lain di dunia ini.
Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sembahyang yang sepanjangnya baginda menangis sehingga bercucuran air mata. Hal itu berlaku apabila baginda menerima wahyu yang menjelaskan mengenai kejadian alam ini yang dibentang luas untuk kemudahan dan kenikmatan hidup manusia.
Melihat keadaan Rasulullah SAW menangis itu, Aisyah bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang menyebabkan tuan menangis? Padahal Allah telah mengampunkan apa-apa yang terdahulu daripada dosa tuan dan juga yang terkemudian.”
Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Adakah aku ini bukan seorang hamba yang bersyukur? Mengapakah aku tidak berbuat demikian, sedangkan Allah telah menurunkan (ayat) kepadaku.”
Ayat yang dimaksudkan Rasulullah SAW itu ialah ayat 164, surah al-Baqarah bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal berlayar di lautan dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia.”
Bahawasanya Nabi SAW merasakan betapa besarnya anugerah Allah kepada seluruh makhluk di muka bumi ini. Orang beriman melihat seluruh kejadian alam dari kaca mata keimanan dan ketakwaan, yang diiringi dengan rasa kesyukuran, keinsafan dan keteguhan iman.
Sahabat yang dimuliakan,
Sesungguhnya Allah SWT telah mengurniakan kepada kita dengan nikmat yang tidak terhitung banyaknya, antaranya nikmat umur, nikmat rezeki, nikmat kesihatan, nikmat keamanan, nikmat pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, berkata-kata dan sebagainya.
Sememangnya kita tidak akan mampu untuk menghitung segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Ini menunjukkan betapa kerdilnya kita di sisi-Nya, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An Nahl ayat 18, yang bermaksud : "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Amat Mengasihi".
Kadangkala apabila kita berada didalam kesusahan, perlu kepada pertolongan ada sahabat yang mulia hatinya dihantar oleh Allah SWT untuk membantu dan memberi pertolongan, hinggakan masalah tersebut dapat di atasi. Ini sebeanrnya adalah nikmat dan rahmat Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa. Dari itu bersyukurlah kerana Allah SWT telah pertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik dunia dan akhirat.
Terdapat enam cara untuk kita mensyukuri nikmat Allah SWT iaitu :
Pertama : Sentiasa membaca doa atau memuji Allah SWT dalam setiap perbuatan dan tindakan, seperti apabila hendak tidur dan bangun dari tidur, sebelum dan selepas makan, menaiki kenderaan dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Apabila hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang hal-Ku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta, bila ia meminta kepada-Ku, tetapi hendaklah ia mengikut perintah-Ku, serta beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.”
(Surah Al-Baqarah ayat 186)
Kedua : Disunatkan melakukan sujud syukur apabila mendapat kejayaan, kemenangan dan seumpamanya.
Doa sujud syukur : "Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta."
Ketiga : Melakukan segala perintah-Nya dengan ikhlas dan menjauhi segala larangan-Nya dengan sabar.
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Keempat : Memanfatkan pemberian Allah SWT dengan cara yang betul seperti menggunakan lidah untuk berzikir kepada Allah SWT dan menggunakan nikmat mata untuk membaca al-Quran dan sebagainya.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
(Surah Al A’raf, Ayat 205)
Kelima : Menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sentiasa bersedekah dan menginfakkan harta dijalan Allah SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Aku memerintahkan kamu bersedekah. Perumpamaan perkara itu sama seperti seorang lelaki yang ditawan oleh musuh. Mereka mengikat tangannya terbelenggu dilehernya. Lalu yang lain datang untuk memukul lehernya. Maka berkatalah (sedekah): ‘Aku menebusnya dari kamu banyak atau sedikit. Sehingga (sedekah) menebus dirinya dari mereka.”
(Hadis Riwayat al-Turmudzi).
Keenam : Sentiasa memohon kepada Allah SWT agar menjadi hamba yang sentiasa bersyukur, sebagaimana doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW maksudnya : "Ya Allah! Bantulah kami supaya dapat selalu menyebut-Mu (berzikir mengingati-Mu), bersyukur dan beribadat yang sebaik-baiknya kepada-Mu".
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita sentiasa menanamkan dalam jiwa dan sanubari sifat tawaduk dan rendah diri dan sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Perlulah kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan mendapat keredaan-Nya di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT dalam Surah An Nahl ayat 78 yang bermaksud :"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur".
Thursday, 5 May 2011
JANGAN SEKALIPUN LUPA
JANGAN SEKALIPUN LUPA, HANYA ALLAH TUHAN YANG SEBENAR...
Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nya lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya lah segala penentuan dan hanya kepada Nya lah kamu dikembalikan. (Surah al-Qasas:70)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
- Satu-satunya tujuan hidup kita ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah
- Allah menguasai semuanya dari Timur ke Barat
- Allah mempunyai kuasa yang mutlak terhadap semua perkara dan Dia mengarahkan semua urusan mereka.
- Allah berkuasa terhadap semua manusia, termasuk ibu-bapa kita, rakan sekelas dan rakan sepejabat,
- Allah ialah Pelindung dan Pembela manusia yang sebenar,
- Allah sentiasa menang akhirnya,
- Hanya Allah yang boleh melepaskan kita daripada sebarang kesusahan yang kita alami,
- Allah mengetahui segala perkara yang tersembunyi, butir-butir terperinci mengenainya dan aspek yang kita tidak tahu mengenainya.
- Allah mengetahui secara terperinci tentang perbuatan-perbuatan yang seseorang lakukan sepanjang kehidupannya.
- Allah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang dikehendaki-Nya
- Allah mengetahui butir-butir yang halus berkaitan segala perkara yang dimanfaatkan oleh hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.
- Allah melindungi mereka yang meminta perlindungan daripada Allah dan memberikan mereka kelegaan.
- Allah mahu memudahkan kita
- Semua perkara yang berlaku ke atas diri kita berlaku atas kawalan Allah
- Allah yang menganugerahkan kita segala nikmat
- Allah adalah Pemilik segala harta benda (Kapal layar, rumah, kereta, perabot, pakaian, barang kemas dan sebagainya) dan Dia lah Pemilik sebenar semua wang yang ada.
- Allah lah yang memberi rezeki kepada semua benda hidup
- Allah meluaskan nikmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya
- Kita mesti melakukan sesuatu hanya untuk mendapat keredhaan Allah
- Allah yang mengajar semua perkara yang kita tahu
- Allah lah yang memberi petunjuk ke arah kebenaran dan mengkehendaki kita menjadi orang beriman
- Allah adalah tinggi di atas segala kesalahan terutamanya kepada manusia dan Dia tidak memerlukan apa-apa pun daripada makhluknya.
- Setiap benda hidup di atas muka bumi ini memerlukan Allah
- Allah sangat teliti
- Allah mengetahui segala-galanya sama ada kita menyimpankannya di dalam diri kita sahaja atau memberitahu orang lain
- Allah pasti menolong mereka yang menolong agama Allah
- Allah melihat kita tidak kira apa yang sedang kita lakukan atau di mana sahaja kita berada
- Allah adalah adil dan tidak melakukan sebarang kezaliman terhadap seseorang walaupun sekecil zarah
- Allah tidak pernah menyebabkan kesengsaraan kepada manusia dalam apa cara sekali pun
- Allah adalah Pencipta langit dan bumi dan apabila dia memutuskan sesuatu, Dia hanya perlu berkata 'kun!' (jadilah), maka terjadilah.
- Allah mengetahui semua perkara dan ia adalah di sebalik pengetahuan kita
- Tiada siapa yang boleh merubah apa yang Allah kehendaki kepadanya dan tiada siapa yang mampu menghalang sesuatu daripada berlaku, sama ada baik atau buruk sekiranya Allah mengkehendakinya.
- Melihat dan memikirkan tentang tanda-tanda kebesaran Allah akan menunjukkah kita ke dalam diri kita dan diluar diri kita.
- Semua benda di bumi dan di langit memuji dan mengagungkan Allah.
- Hanya Allah yang layak untuk dimuliakan.
- Allah tidak pernah lupa apa-apa pun
- Allah sentiasa hidup, Dia tidah pernah tidur atau memerlukan tidur
- Allah menyembuhkan hati orang yang percaya dengan pertolongan-Nya.
- Allah menolong orang-orang beriman pada setiap masa
- Allah mengampuni dan menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya.
- Allah tidak menghukum orang yang membuat dosa serta merta, tetapi dia memberikan masa supaya mereka akan bertaubat dan memohon keampunan-Nya.
- Allah Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya
- Allah menginginkan hamba-hamba-Nya yang taat untuk memasuki syurga
- Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang bersabar
- Allah lah yang memberikan kita nyawa dan memberi kesihatan kepada kita.
- Allah yang menyembuhkan kita apabila kita sakit
- Allah mengingatkan kita setiap masa untuk menolong kita mendapatkan iman yang sejati dan mengingatkan kita dengan pelbagai cara.
- Allah telah memberikan kita kecintaan kepada iman dan kebencian kepada kekufuran, kesesatan dan ketidak taatan kepada Allah.
- Allah akan membawa ke hadapan orang-orang yang dikasihi-Nya dan mereka yang menyintai Allah untuk menggantikan mereka yang melupakan agama
- Allah menghapuskan perbuatan buruk daripada orang yang benar-benar beriman
- Allah memberikan kebolehan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah kepada mereka yang bertaqwa kepada Allah.
- Allah adalah dekat dengan kita daripada sesiapa pun atau apa-apa pun.
- Kita perlu berdoa kepada Allah supaya dia menjaga kita dan menjadi Wali kita sehingga berkekalan.
KEWUJUDAN SYAITAN...
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu) kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (Surah Fatir: 6)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
- Syaitan ialah musuh kita yang terbesar
- Syaitan menunggu dengan sabar untuk memperdayakan manusia pada setiap masa
- Syaitan akan cuba untuk menghalang kita daripada bersyukur kepada Allah dengan membuatkan kita lupa nikmat-nikmat yang diberikan-Nya.
- Syaitan mahu kita lupa bahawa terdapat kebaikan di dalam semua keadaan, dengan itu cuba menghalang kita daripada meletakkan kepercayaan kita kepada Allah.
- Syaitan akan cuba membuatkan kita cuai, malas, marah, tidak fokus, pentingkan diri sendiri dan lupa.
- Syaitan mahu menghalang kita daripada melakukan ibadah dan berkelakuan baik sebagaimana yang dikehendaki Allah
- Syaitan tidak boleh mempengaruhi orang yang benar-benar beriman.
- Memohon perlindungan daripada Allah apabila mendengar bisikan syaitan akan membawa ketenangan.
- Membuatkan kita lupa adalah senjata terbesar syaitan
- Syaitan mahu menghalang kita daripada sentiasa mengingati Allah
- Kesombongan dan menidakkan kebenaran adalah sifat-sifat syaitan
- Syaitan akan cuba memenuhi diri kita dengan harapan-harapan palsu
- Syaitan tidak pernah mahu kita melakukan perbuatan yang disenangi Allah dan mendapat syurga.
- Tujuan utama syaitan ialah untuk membuatkan kita mendapat azab yang kekal sebagaimana dia akan mendapatkannya.
- Syaitan tidak mempunyai kuasa ke atas manusia tetapi dia hanya menghasut mereka.
UNTUK MENGINGATI ALLAH...
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (Surat al-Ahzab: 41)
JANGAN SESEKALI LUPA...
- Untuk sentiasa menyibukkan fikiran kita dengan mengingati Allah (zikrullah)
- Untuk mengingati Allah semasa kita berdiri, duduk atau berbaring
- Bahawa tiada apa selain daripada mengingati Allah dapat menghilangkan kesedihan kita, kesukaran sesuatu tugas dan memberi kita ketenangan di hati
- Bahawa tiada apa pun (contoh: perniagaan atau kerja pejabat) yang sepatutnya mengganggu kita daripada mengingati Allah.
- Bahawa mengingati Allah adalah yang terbaik.
MAUT AKAN DATANG KEPADA KITA PADA BILA-BILA MASA SAHAJA....
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan. (Surah al-Anbiya': 35)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
- Setiap manusia, termasuk diri kita dan keluarga kita akan pasti mati
- Masa kematian kita telah ditentukan oleh Allah
- Kematian seseorang telah ditentukan dan tiada siapa yang boleh melengahkannya apabila ia tiba
- Apabila kita mati, kita akan kembali kepada Allah
- Jasad kita tidak akan bernilai lagi apabila kita meninggal
- Apabila ditanam didalam kubur, jasad kita akan mengalami proses pereputan
- Taubat yang dibuat ketika seseorang diambang maut tidak akan diterima
- Segala bentuk kelemahan yang kita ada di atas muka bumi ini adalah untuk mengingatkan kita tentang kematian
- Memikirkan tentang kematian akan menyucikan kita daripada segala cita-cita dan harapan palsu
- Kita perlu berdoa kepada Allah untuk menjadikan kita muslim semasa kita meninggal.
DUNIA YANG KITA HIDUP SEKARANG AKAN HILANG SUATU HARI NANTI
Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. (Surah Muhammad: 36)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
- Mungkin ia terasa seperti lama, tetapi kehidupan dunia ini hanyalah seketika
- Apa yang dilihat sebagai mempersonakan di dunia ini hanyalah ujian
- Allah mengurniakan setiap orang hidup yang panjang supaya mereka ingin bertaubat mempunyai masa untuk berbuat demikian
- Allah menciptakan kehidupan dan kematian supaya Dia boleh menguji kita, untuk melihat amalan siapakah yang terbaik.
- Kehidupan dunia ini hanyalah sementara
- Nikmat di dunia ini hanyalah sekadar imitasi daripada nikmat yang sebenar di syurga dan nikmat-nikmat ini diciptakan untuk mengingatkan kita tentang syurga.
- Dengan keizinan Allah, seluruh dunia ini akan hancur pada Hari Kiamat
- Kehidupan dunia hanyalah sekadar permainan dan hiburan dan perlindugan sebenar ialah di akhirat
- Nikmat-nikmat dunia yang kita miliki tidak sepatutnya membuatkan kita membesar diri
- Orang yang benar-benar beriman tidak akan menjual akhirat hanya untuk kehidupan dunia.
HARI KIAMAT ADALAH SEMAKIN HAMPIR...
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah.” Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surat al-Ahzab: 63)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
- Kita menghampiri Hari Kiamat dengan cepatnya
- Pada hari itu, akan terjadi bencana alam yang tidak pernah terjadi sebelumnya
- Hari Kiamat akan datang secara tiba-tiba sebelum kita sempat menyedarinya.
- Hari tersebut tiada tempat untuk kita melarikan diri
- Pada hari tersebut, setiap manusia akan ditanya tentang amalan mereka di hadapan Allah dan akan disoal tentang nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya.
- Setiap jiwa yang pernah hidup di atas muka bumi akan berdiri di hadapan Allah
- Gunung-ganang akan tersebar seperti debu
- Pada hari itu, langit akan terbelah dan menjadi merah seperti hampas minyak
- Bintang-bintang akan hancur
- Gunung-ganang akan hancur dan akan menjadi seperti gumpulan kapas.
- Allah akan membiarkan mereka seperti tanah yang mendatar dan tandus
- Langit akan menjadi seperti tembaga cair
- Setiap ibu yang menyusu akan melupakan bayinya yang sedang menyusu
- Kita akan menghadap Allah bersendirian sebagaimana semasa kita dilahirkan
- Semua benda di langit dan di bumi akan berada dalam ketakutan kecuali mereka yang disayangi oleh Allah
- Orang yang melakukan kejahatan akan dikenali berdasarkan tanda mereka dan diseret dengan rambut hadapan dan kakinya.
- Tiada manusia yang akan bercakap kecuali dengan keizinan Allah
- Celakalah orang-orang yang tidak beriman
- Mereka yang berdusta tentang Allah akan memiliki wajah yang hitam.
- Percakapan manusia adalah perlahan di hadapan Allah dan tidak ada apa yang didengar kecuali bisikan
- Tiada kenalan – termasuklah ibu bapa, adik-beradik – akan bertanyakan tentang kenalannya
- Orang yang bersalah akan menuduh satu sama lain
- Setiap manusia akan mendapati kebaikan dan kejahatan yang dilakukan dan dia akan berharap terdapat jurang yang jauh yang memisahkan perbuatan baik dan buruk mereka.
- Beberapa wajah pada hari itu akan berseri-seri
- Segala penyesalan pada hari itu adalah sudah terlambat
- Tiada jalan lain pada hari itu
- Pada hari itu, tiada kesedihan dan rasa takut pada orang yang benar-benar beriman
HANYA ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN AKAN MENDAPAT SYURGA...
...Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqara: 82)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
- Allah menciptakan syurga istimewa untuk orang yang beriman
- Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang menjual diri mereka dan harta mereka (ketika didunia) untuk mendapatkan syurga
- Orang-orang mukmin akan berada di dalam syurga buat selama-lamanya
- Malaikat akan menemui orang yang beriman di dalam syurga dengan cara yang baik
- Mereka akan berada dalam aman dan keselamatan yang menyeluruh
- Di dalam syurga, terdapat isteri-isteri yang mempunyai kesucian yang sempurna
- Penghuni syurga akan melihat kenikmatan dan kota yang besar di mana sahaja mereka berpaling
- Mereka akan berbaring di atas sofa yang disaluti dengan sutera broked
- Terdapat buah-buahan yang masak ranum bergantungan yang senang dicapai oleh tangan
- Di sana tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk
- Terdapat gelas-gelas minuman yang mengelilingi mereka
- Ahli-ahli syurga akan mendapat apa sahaja yang mereka mahukan dan apa sahaja yang dapat mengembirakan mata mereka.
- Allah akan mengurniakan cahaya dan kegembiraan kepada penghuni syurga
- Di syurga, tiada perasaan takut untuk melakukan dosa
- Setiap dendam akan dibuang daripada hati ahli-ahli syurga
- Penghuni syurga akan bersyukur kepada Allah di dalam syurga
- Dengan rahmat Allah orang-orang yang beriman mendapat syurga
- Di dalam syurga, tiada manusia yang akan menjadi tua
- Tiada siapa yang berasa takut dan tiada siapa yang akan berasa sedih
- Di antara semua nikmat-nikmat syurga, yang paling utama ialah nikmat keredhaan daripada Allah.
KEWUJUDAN NERAKA...
...Dan kalau Kami menghendaki niscaya Kami berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi)nya akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripadaKu; sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama (Surat as-Sajda: 13)
JANGAN SESEKALI LUPA
- Allah mengharamkan syurga kepada mereka yang mensyirikkan Allah dan tempat tinggal yang abadi buat mereka ialah neraka.
- Api di dalam neraka akan kekal selama-lamanya.
- Penghuni neraka akan mempunyai pakaian daripada api yang dipotong khas untuk mereka
- Penghuni neraka akan memakai pakaian daripada tar.
- Muka mereka akan dibaluti dengan api
- Air yang mendidih akan dicurahkan ke atas kepala mereka
- Sisi dan belakang mereka akan di cop
- Pintu-pintu syurga tidak akan dibuka kepada mereka
- Penghuni neraka adalah seburuk-buruk makhluk
- Azab di dalam neraka adalah untuk selama-lamanya
- Rantai dan belenggu serta api yang membara akan bersedia untuk ahli-ahli neraka
- Tiada apa untuk diminum di dalam neraka kecuali air yang mendidih dan nanah yang mendidih.
- Penghuni neraka tiada makanan kecuali daun-daun pahit yang berduri yang tidak akan mengenyangkan atau menyihatkan mereka
- Pohon az-Zaqqum ialah makanan yang buruk dan mendidihkan perut kita seperti gangsa yang cair
- Penghuni neraka akan diikat dengan rantai yang panjangnya ialah 70 hasta
- Mereka akan dipukul dengan senjata pemukul yang diperbuat daripada besi
- Terdapat suatu api di dalam neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia dan batu
- Api di dalam neraka akan mendidih dan menyemarak
- Terdapat suara mengeluh daripada mereka yang melakukan kejahatan di dalam nereka.
- Neraka ialah destinasi mereka yang suka membazir
- Apabila penghuni neraka dicampakkan ke dalam ruang yang sangat sempit di dalamnya dan mereka juga dirantai dan dibelenggu, mereka akan menjerit untuk kebinasaan mereka
- Mereka tidak akan hidup mahupun mati
- Maut akan datang kepada ahli-ahli neraka daripa semua arah, tetapi mereka tidak akan mati
- Terdapat satu aras di neraka di mana dinding-dindingnya daripada asap yang berkepul-kepul yang akan menyelubungi mereka
- Neraka adalah suatu tempat yang sangat gelap dan dipenuhi dengan asap
- Nereka adalah tempat yang tidak memberikan sebarang kelegaan atau ketenangan
- Sebuah tembok yang mempunyai sebuah pintu di dalamnya akan dibina di antara penghuni neraka dan penghuni syurga
- Hukuman tidak akan dikurangkan kepada ahli-ahli neraka
- Penghuni neraka mahu keluar daripada neraka tetapi mereka tidak berdaya melakukannya
- Terdapat di atas mereka sebuah kubah yang diliputi api
- Setiap kali kulit mereka terbakar, mereka akan digantikan dengan kulit baru
- Mata mereka akan tertunduk, digelapkan disebakan rasa terhina
- Semua orang akan mengakui dosa-dosa mereka
- Penghuni nereka akan berkata: “Kalaulah aku mendengar dan menggunakan akalku”
- Mereka akan berkata: “Kalaulah kami dapat dihantar pulang ke dunia, kami akan menjadi di kalangan orang yang beriman,”
- Mereka akan berkata: “Kalaulah kami taat kepada Allah dan Rasulullah!”
- Mereka akan mengaku bahawa mereka “tidak mempunyai sekutu lain atau perantara”
- Mereka akan menjerit minta diselamatkan daripada api neraka
- Mereka akan memanggil-manggil penghuni syurga “berikan kami sedikit air atau sedikit rezeki yang Allah kurniakan kepadamu”
- Mereka akan mngutuk satu sama lain dan berdoa untuk kesengsaraan mereka
- Mereka akan menderita dalam kekesalan dan perasaan putus asa yang tidak akan berkesudahan
- Allah tidak akan bercakap dengan mereka
UNTUK HIDUP DENGAN NILAI-NILAI AL-QUR'AN SETIAP MASA...
Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Surah Ibrahim: 1)
JANGAN SESEKALI LUPA...
- Untuk mengikuti kata hati nurani setiap detik dalam kehidupan kita
- Untuk berlaku adil pada setiap peluang yang ada walaupun ia berlawanan dengan diri kita, atau ibubapa kita atau saudara masa
- Untuk menjadi penyayang dan mengasihani
- Untuk menjauhkan diri daripada sifat sombong
- Untuk menjaga amanah
- Apabila kita disapa dengan salam, kita membalas salam itu dengan perkataan yang sama atau lebih baik
- Untuk mengawal kemarahan
- Untuk mengelakkan daripada berbahas tentang isu-isu yang kita tidak mempunyai ilmu yang cukup
- Untuk mengelakkan daripada sifat meninggi diri
- Satu-satunya kriteria yang menentukan seseorang lebih baik dihadapan Allah ialah melalui taqwa
- Nafsu yang jahat selalu mengarahkan kita melakukan kejahatan dan perbuatan keji
- Untuk selalu berazam melakukan kebaikan
- Untuk bertaqwa kepada Allah sahaja
- Untuk bertaqwa kepada Allah sebanyak yang mampu
- Untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kejahatan
- Tiada beban yang akan ditanggung oleh orang lain
- Allah tidak suka mereka yang sombong
- Untuk menjaga solat kita
- Untuk tidak menghina orang lain
- Untuk tidak mengumpat sesama mereka
- Untuk taat kepada Allah
- Untuk bersabar kerana Allah
- Kewujudan dua malaikat yang berada disebelah kanan dan kiri kita
- Untuk mengelakkan diri daripada perasaan curiga
- Untuk berfikir berlandaskan al-Qur'an
- Orang-orang yang beriman tidak sepatutnya berputus asa
- Tiada apa yang sepatutnya memberi tekanan kepada orang yang beriman
- Tidak riak dengan nikmat-nikmat yang kita ada
- Terdapat seseorang yang lebih mengetahui daripada kita
- Tiada paksaan dalam agama, dan tugas sesorang mukmin ialah untuk mengingatkan manusia
- Perpaduan di antara orang-orang islam adalah sangat penting
- Tidak bergaduh sesama muslim
- Sentiasa menjaga solat dan ibadat-ibadat lain, dalam apa keadaan sekali pun
- Untuk kembali kepada Allah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan
- Tuhan kita adalah Allah dan kita melakukan setiap perbuatan hanya untuk mendapatkan keredhaan-Nya dan ganjaran kita terletak hanya pada Allah.
Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah
Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "
(Surah al-Baqara: 32)
Rahsia Solat Lima Waktu
Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
'Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
'Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.
"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).
Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'
Peringatan !!!
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah: ayat 155) "
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)
(Surah Al-Baqarah: ayat 155) "
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)
Wednesday, 4 May 2011
TAQWA
TAKRIF TAQWA
Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa.Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan perkataan taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang tidak faham.
Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa.Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’, namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu,ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati.Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.
Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu.Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja.Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa.Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa, beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah semata-mata.Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.
Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.
TAKRIF
Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.
Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklahkamu memelihara diri kamu dan keluarga kamudari api Neraka.” (At Tahrim: 6)
Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudahitulah usaha ke arah taqwa.
Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasihsayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya.Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat.Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilah-istilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.
Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaanTuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil,benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha,tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belaskasihan dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
